Sunday, May 10, 2009
Resepi Hati Dia - Bahagian II - BaB 32

 

Erdyzuan kini semakin kerap datang ke Aryz-one Café. Bukannya untuk merayu dan memujuk Adriana seperti sebelum ini, tetapi untuk berjumpa dengan Aryan Hafiz! Nampaknya dia betul-betul memaksudkan kata-katanya yang dia sudah mengalah untuk menawan semula hati seorang Adriana.

Sekarang ini, kalau Erdyzuan datang ke kedai Adriana ini semuanya berkaitan Aryan sahaja...

'Ayan, jom makan dengan Uncle...'

'Ni Uncle ada belikan untuk Ayan baju Ben 10.'

'Uncle ada belikan Ayan mainan baru!'

'Hari ni Uncle nak ajar Ayan...'

Huh, Ayan itu... Ayan ini... sedikit-sedikit Aryan! Semuanya pasal Aryan sahaja. Itu baru aksi mereka berdua ketika menghabiskan masa di Aryz-one Café sahaja. Buat masa ini Adriana telah menetapkan syarat kepada Erdyzuan bahawasanya kalau lelaki itu hendak menghabiskan masanya dengan Aryan mestilah di dalam kedainya ni sahaja. Adriana tidak akan sesekali berkompromi untuk membenarkan Erdyzuan membawa Aryan keluar daripada situ kerana dia masih lagi tidak dapat seratus peratus hendak mempercayai Erdyzuan seperti mana ketika mereka masih bersama  dahulu.

Kadang-kadang tu naik menyampah Adriana di buatnya melihat akan perangai Erdyzuan bila bersama-sama Aryan. Tapi nak menyampah lebih-lebih pun tak boleh juga kan? Orang yang suaminya itu asyik beri tumpuan sekarang ini pun adalah anak dia sendiri juga. Bukannya orang lain pun.

Apabila dia mengadu akan hal ini pada Kerol, reaksi temannya itu langsung tidak boleh di harap. Ada ke patut dia pula menyoal Adriana kembali dengan soalan yang sememangnya tahap sarkastik...

"Kau ni menyampah tengok laki kau tu ke atau kau cemburu sebab sekarang dia dah tak peduli pada kau lagi sebaliknya hanya layan Ayan aja sekarang ini, huh?"

Anaknya Aryan juga sekarang ini semuanya hendak dengan Uncle dia itu sahaja. Kalau Atuk Kamarul atau Kerol mahu mengajak Aryan keluar berjalan-jalan pun dia sudah tidak mahu mengikut lagi macam dahulu. Malah sekarang ini semedang sahaja dia tidak mahu ke school macam dahulu.

"Nanti kalau Uncle datang tapi Ayan tak ada kat kedai ibu sebab Ayan pergi school macam mana? Siapa nak main dengan Uncle kalau Ayan tak ada?"

Itulah jawapan kegemaran si Aryan Hafiz kalau di suruh pergi ke school sekarang ini. Alahai lah anak ku nan seorang ini...

 

 


Isy... pendek sangat ke? Hehehe... maaflah ini aja yg iejay larat taip... dah tak ada idea nak kembang-kembangkan lagi bab ini... lagipun biasanya iejay dah letak banyak-banyak, jadi apa salahnya kali ini dia jadi short and simple okey? Insya-ALLAH esok atau lusa ada satu lagi entry untuk cover next week punya sebab iejay nak bercuti-cuti Malaysia...

 

Nak coret sedikit yang iejay just had a very nice weekend... On saturday morning tiba2 datang courier pak cik teksi for the second year untuk menyampaikan a Birthday Gift for me yang di order oleh my very-very Best Friend khas daripada pasir panjang  (Long Beach) California, USA... Hadiahnya ialah sebakul buah-buahan - ada epal Fuji, epal hijau, pear & orange (bukan buah2 tempatan ek sebab iejay ada alergik yg mengada-ngada iaitu tak boleh consume buah tempatan sangat huhuhu...) Katanya sebab iejay email kat dia yg yours truly ni tak berapa sihat lately pasal itu dia bagi buah instead of chocolate cheese cake macam tahun lepas...

 

Anyway,  I would like you and others know that I'm grateful to have you - Sharina Azreen Salehudin as my very-very Best Friend... walaupun kita dipisahkan oleh 16 hours perbezaan masa, we still can remain as a best friend... Thanks for calling me on Sunday morning (Saturday evening for you) too and talk for hours with me... At least hilang sedikit rindu kita pada ko setelah berbulan-bulan teefon ko buat hal dan haku tak boleh nak dial ke sana... Haku sentiasa doakan ko bahagia dengan pakcik Adam Sokha Nou...

I love you my dear Friend... 

 

 

 

 

Ni pula ialah kek yg kecik tapi mahal giler dan not so yummy as it look pun as my gift to me myself for my 27th Birthday... hahaha... pathetic lah cik iejay ni ek... but I love to reward myself...LOL



iejay Simply Stated Her Recipe @ 12:05 pm
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia