Tuesday, April 28, 2009
Resepi Hati Dia - Bahagian II - BaB 30

PENGUMUMAN: KEPADA SESIAPA YG ADA TERTINGGAL BUKU LAGU CINTA YANG BARU DI BELI DI PESTA BUKU, TOLONG HUBUNGI IEJAY MELALUI EMAIL UNTUK IEJAY URUSKAN PENGHANTARAN...  

 

            Erdyzuan sedar untuk dia menawan hati Aryan Hafiz supaya merasa dekat dengannya, salah satunya ialah dia perlu mengambil tahu apa yang disukai dan tidak disukai oleh anaknya itu. Oleh itu sebaik sahaja habis mesyuarat dan kembali ke pejabatnya, Erdyzuan segera mencari maklumat berkaitan Ben 10, watak kartun kegemaran Aryan Hafiz pada laman sesawang Wikipedia.

Ben 10 is an American animated television series created by "Man of Action" and produced by Cartoon Network Studios. The story is begin with Benjamin (Ben) Tennyson finds a mysterious, watch-like device, called the Omnitrix while having summer camping trip with his cousin Gwen, and their grandfather Max. The Omnitrix is the mysterious watch-like alien device that allows the user to transform into various alien forms by combining the DNA of the selected alien with the user's own DNA, effectively turning them into the alien species the user has selected. At the start of the series, Ben only has access to ten aliens. The Original ten aliens are Diamondhead, Four Arms, Ghost freak, Grey Matter, Heat Blast, Rip Jaws, Stink Fly, Upgrade, Wild Mutt and XLR8.

Oh, benda Ben 10 yang Aryan suka ini boleh bertukar-tukar jadi sepuluh jenis alien. Hmm... hari ini sebaik sahaja habis kerja dia akan singgah ke Toys "R" Us. Aryan Hafiz mesti akan suka kalau dia belikan Aryan permainan Ben 10 ini untuknya kan?   

"Hei, apa yang you khusyuk sangat baca tu?"

Erdyzuan yang sedang begitu ralit melihat maklumat yang terpapar pada skrin komputer ribanya sejak tadi tersentak apabila tiba-tiba dirinya ditegur suara lembut itu berserta tepukan mesra pada bahunya.

Hmm... Sazzy! Mengacau sungguh perempuan seorang ini.

"Nothing that matter to you. You nak apa masuk bilik I ni?"

Sazzy atau nama sebenarnya Puteri Shazarina binti Megat Shazlan tersenyum penuh menggoda sambil melirik dengan renungan yang konon-kononnya manjalah tu ke arah wajah kacak Erdyzuan.

"Saja... I cuma nak tanya macam mana meeting you dengan Murphy Sarwak tadi?"

"Everything is fine. The meeting is about PIG (pipeline inspection gauge) installation Sazy. Bukannya berkenaan pemasaran. Jadi tak ada kena mengena langsung dengan bahagian you dan tak perlulah you nak bimbang apa-apa. Lagipun I kan pernah bekerja dengan mereka sebelum ini. I tahu macam mana nak berurusan dengan dia orang okey."

Dengan penuh selamba Erdyzuan menjawab soalan sekaligus melemparkan perlian kepada Shazarina. Sesungguhnya dia benar-benar tidak suka dengan sikap menyibuk Shazarina. Kadang-kadang dia terfikir sendirian, macam manalah dia boleh ambil keputusan untuk berkahwin dengan perempuan seperti ini dahulu?

"Apa salahnya kalau I cuma nak ambil tahu? Lagipun I pun sebahagian daripada syarikat kita ini... and sebahagian daripada you."

Ungkapan 'sebahagian daripada you' itu kedengaran perlahan sahaja namun masih dapat ditangkap oleh telinga Erdyzuan. Edyzuan hanya mamapu mengeleng sahaja mendengar ayat tersebut. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang patut dibuatnya untuk memahamkan perempuan nan seorang ini yang tak akan ada lagi perkataan 'kita' dalam kamus perhubungan mereka. Hubungan suami isteri di antara mereka berdua sudah lama dileraikan.

Sebenarnya daripada awal Erdyzuan melibatkan diri di dalam syarikat Blackheat Sdn. Bhd. ini lagi dia tidak berkenan sangat Shazarina dilantik sebagai ketua di bahagian pemasaran syarikat ini. Tetapi disebabkan Megat Shamsul iaitu abang kepada Shazarina adalah pemegang saham yang paling besar di sini, mahu atau tidak mahu dia terpaksa mengiakan sahaja perlantikan tersebut; asalkan sahaja perempuan ini tidak menggangu-gugat kehidupan peribadi dia.

Erdyzuan tidak berkenan dengan perlantikan Shazarina bukanlah kerana kenyataannya perempuan ini pernah bergelar isterinya dan tidak pandai sangat buat kerja-kerja dia selain daripada mengarah orang bawahan dia sahaja; tetapi dia tidak suka akan perangai Shazarina yang tidak pernah segan-silu hendak beramah-mesra dan sesekali cuba menggoda dia seolah-olah mereka ini masih lagi pasangan suami isteri.

"Sazzy... berapa kali I nak kena tegaskan pada you yang antara kita sudah tiada dan tidak akan ada apa-apa hubungan lagi selain daripada hal kerja sahaja. You buat kerja you dan I buat kerja I. Faham?"

Kadang-kadang Erdyzuan rasa seperti adalah lebih baik dia berhenti kerja dan menarik diri daripada menjadi ahli lembaga pengarah syarikat ini sahaja daripada terpaksa menghadap muka Shazarina saban hari. Tetapi terasa sayang pula kerana gaji yang diterima di syarikat ini agak lumayan dan dia tidak lagi perlu bertugas di pelantar minyak hampir setiap bulan seperti mana ketika dia bekerja dengan Murphy Sarawak Oil Company Ltd. dahulu. Itu belum termasuk lagi lain-lain kemudahan dan dividen yang diterimanya setiap hujung tahun sebagai salah seorang pengarah syarikat ini.

Tambahan lagi di Blackheat Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan konsultansi kepada syarikat-syarikat petroleum yang diasaskan oleh Megat Shamsul; temannya semasa dia sedang menyambung pengajiannya di University of Teesside dahulu, Erdyzuan lebih bebas untuk bergerak. Dia boleh sahaja mengarahkan orang bawahannya untuk pergi ke pelantar minyak bagi pihak dia. Dia juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk menawan semula hati Adriana supaya kembali pada dirinya dan belajar untuk mengenali anaknya Aryan Hafiz.  

"Eddy, you tahu kan yang I masih mengharapkan you? Kita pernah bersama dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita bersatu semula. Lagipun Myra perlukan seorang ibu dalam hidupnya. She is a girl. Semakin hari dia akan semakin besar. Dia perlukan seseorang yang boleh dia rujuk especially about girl's thing. Your fatherly role will not be enough for her. Mak you tu pula dah tua dan tak akan hidup lama lagi pun."

 "Sazzy! Don't you ever talk about my mum like that!"

Mendengarkan ayat terakhir Shazarina yang dirasakan menghina mamanya pantas membuatkan Erdyzuan berang dengan bekas isterinya itu. Memang benar pun kata mama dahulu yang dia tidak akan sesekali dapat menantu yang lebih baik lagi selain daripada Adriana. Shazarina yang pernah suatu ketika dahulu menjadi isterinya ini langsung tidak mampu untuk menandingi sifat-sifat yang ada pada Adriana walau sebesar hama sekalipun. Betapa saat ini dia benar-benar rindukan saat-saat dia bersama Adriana, isterinya yang sungguh baik itu dahulu.

"Huh, whatever... Tapi apa yang I cakap tentang Myra itu memang betul. Dia perlukan seorang ibu dalam hidup dia Eddy."

"Thanks but no thanks Sazzy. I tak perlu nak cari ibu lain untuk Myra. I sudah ada Adriana. I tahu dia akan jadi seorang ibu yang seribu kali lebih baik daripada you."

Dengan selamba Erdyzuan membidas kenyataan Shazarina itu. Dengan Shazarina dia tidak perlu cakap beralas kerana perempuan seperti dia ni memang jenis tidak faham bahasa selalunya.

"Adriana? Bekas isteri you yang lari dari rumah tu?"

"Correction please, Adriana is my wife. Dia masih isteri I yang sah sebab kami tidak pernah bercerai dan dia bukannya lari daripada rumah tetapi I yang halau dia dahulu. My bad okey sebab dah tersalah sangka dengan dia. Sekarang I dah jumpa dia semula dan I baru tahu yang rupa-rupanya I ada anak dengan dia selama ini. Atas sebab itu, I akan pastikan dia kembali semula ke sisi I walau apapun halangan yang I kena hadapi."

Shazarina mendengus sahaja mendengar kenyataan Erdyzuan itu. Dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Adriana. Tetapi dia selalu melihat wajah Adriana di dalam gambar di atas meja kerja Erdyzuan dan mendengar cerita tentang wanita itu daripada mulut bekas suaminya ini. Dalam diam, dia menanam rasa bencinya pada wanita bernama Adriana itu. Pada dia, Adriana telah merampas Erdyzuan daripada dirinya ini.

Shazarina tidak kira, sekalipun dia cukup sedar perkahwinannya dengan Erdyzuan dahulu adalah satu kesilapan buat mereka berdua dahulu kerana mereka berkahwin dalam keadaan terburu-buru; dia tidak akan sesekali mengalah untuk merebut cinta Erdyzuan semula. Tiada salahnya dia mencuba kerana dia masih lagi bersendirian ketika ini setelah Greg meninggalkannya lebih sepuluh bulan yang lalu. Tahulah nanati dia cara untuk mengajar Adriana yang tidak sudah-sudah didambakan Erdyzuan itu. Dia, Puteri Shazarina Megat Shazlan sememangnya pantang untuk mengalah!

Tanpa Shazarina tahu, begitu juga tekad dalam diri Erdyzuan yang tidak akan pernah kenal erti mengalah dalam menawan hati seorang Adriana semula.

 

 

 


Sekian sahaja gempaq seorang iejay buat kali ini.... huhuhu... Siapa pulalah Sazzy ni yg tiba2 enterframe ya... Dia ni kot emak si Myra.... hehehe... next entry tatau bila sebab tak buat apa pun lagi... biasalah effect Pesta Buku.... apapun iejay akan cuba siapkan dan siarkan next week...insya-Allah...

Corat-coret Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (KLIBF)

Alhamdulillah, Pesta Buku sudah pun tamat pada hari Ahad 26 April 2009. Aktiviti yg ditunggu-tunggu oleh sekelian ulat buku untuk berpesta. Sekalipun ekonomi sekarang tidak begitu memberangsangkan tetapi bila tengok dekat KLIBF rasanya, ramai yg tak kisah untuk berhabis duit membeli buku-buku (termasuklah iejay ni huhuhu... nasib buku2 NBKara dapat free -talking of the perk being a writer)

Hampir setiap hari iejay hadir sekalipun selalu lambat sampai dan selalu hilang daripada gerai NBKara sebab iejay ni suka merayau tengok apa lagi yg patut dia beli... (Oh ya... maaf ya pada yg datang sebab pada 24 dan 25hb bila iejay sepatutnya bertugas tetapi tak ada di sana sebab ada kerja emergency di Putrajaya)  Seronok dapat jumpa geng-geng ulat buku dan geng kicap sekalipun tak dapat berlama-lama macam dulu2 sebab kena duduk dekat gerai NBKara... Seronok juga dapat jumpa pembaca-pembaca blog iejay ini... Pada yang datang ke gerai NBKara untuk jumpa iejay dan beli buku iejay... 

                     ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Maaf juga ya kalau-kalau iejay ni tak mesra alam sangat sebab bila baru jumpa seseorang tu iejay ni memang macam tu...huhuhu... lagipun masih rasa weird bila dah bergelar penulis...hahaha... nak promote buku sendiri pun tak reti... sedangkan iejay ni pernah bekerja jadi promoter dekat Pesta Buku lepas habis study dulu...

Iejay nak stop disini.... sebenarnya masih terasa kepenatannya lagi...dan rindu nak berpsta buku lagi.... huhuhu... dengar-dengarnya ada Pesta Buku di Mines Shopping Fair dan NBKara insya-Allah akan joint juga... So see you there insya-Allah...



iejay Simply Stated Her Recipe @ 03:21 pm
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia