Friday, April 03, 2009
Resepi Hati Dia - Bahagian II - BaB 27

 

 'Ping!'

Kedengaran bunyi loceng pintu Aryz-one Café terbuka yang menandakan ada orang mahu masuk atau keluar. Adriana yang daripada masih lagi menyusun novel-novel di rak kafenya segera menoleh ke arah pintu utama kafe untuk melihat siapa yang datang atau keluar. Di hadapan pintu Aryz-one Café ketika ini kelihatan berdiri gadis si penghantar bunga daripada kedai menjual bunga yang terletak sebaris dengan kafe miliknya ini.

Seperti biasa, Adriana menghadiahkan senyumannya kepada gadis si penghantar bunga yang mahu dirinya dipanggil sebagai Cucuratap sahaja dan tidak pernah mahu menyatakan nama sebenarnya. Senyuman yang biasa dihadiahkan nya sebagai tanda selamat datang kepada sesiapa sahaja yang datang ke kedainya ini kecuali buat Erdyzuan. Adriana tidak mahu menghadiahkan senyuman kepada Erdyzuan kerana dia tahu lelaki itu pasti akan menyangka hati seorang Adriana ini sudah bersedia untuk mengalah seperti dulu-dulu.

"Weh, bunga untuk siapa tu Cucuratap? Kau nak bagi dekat aku ya?"

Belum sempat Cucuratap mendekati Adriana, kedengaran suara salah seorang pekerja Adriana yang bernama Kay tetapi selalu digelar Kaypo oleh pekerja-pekerja lain di Aryz-one Café ini kerana keramahannya yang terlebih-lebih bertanyakan tujuan kedatangan gadis itu ke sini. Selalunya kalau Cucuratap datang ke sini, tujuannya pasti hendak membeli makanan atau sahaja-sahaja duduk berbual dengan beberapa pekerja Adriana yang sememangnya sudah rapat dengan gadis itu. Tetapi kali ini di tangannya ada sejambak bunga yang boleh tahan besar juga bentuknya.

"Tak ada maknanya aku nak kasi kau bunga lah. Buat buang duit aku aja nak kasi bunga mahal-mahal macam ni dekat kau. Kalau kau nak bunga yang reject dekat kedai tu bolehlah aku bagi dekat kau. Harga jambangan bunga ni RM100 tau!"

"Wah! Mahalnya harga bunga tu. Isy, kalau duit bayar bunga tu buat belanja aku makan, kenyang aku empat lima hari. Habis tu bunga tu kau kena hantar ke siapa sebenarnya? Dah tahu kena pergi hantar yang kau nak singgah ke sini juga buat apa? Kalau nak melepak dengan aku pun balik hantar bunga karang lah baru datang sini babe."

"Hari ni tugas aku hantar bunga senang aja. Sebabnya bunga ni aku nak kena hantar ke sini. Bunga ni untuk Kak Ary!"

Adriana yang sejak tadi mendengar kedua-dua gadis muda itu berbual, jadi tersentak apabila mendengarkan ayat terakhir Cucuratap tadi. Namun bukan Adriana sahaja yang tersentak tetapi Kaypo juga turut tercengang mendengarkan kata-kata temannya itu.

"Hah, bunga untuk Kak Ary? Tak pernah-pernah aku nampak orang hantar bunga dekat Kak Ary, tiba-tiba hari ini ada orang nak bagi bunga pada Kak Ary? Siapa yang bagi bunga tu weh?"

"Sibuk sajalah nak tahu kau ni. Bukan untuk kau pun. Kak Ary, nah tolong tandatangan pada slip penerimaan ni dahulu."

Adriana yang masih lagi rasa sedikit terpinga-pinga mendengar ada orang yang sudi menghantar bunga padanya terus menenyeh tandatangannya pada slip penerimaan yang dihulurkan oleh Cucuratap itu tanpa sebarang bantahan.

"Okey, sekarang Kak Ary boleh ambil bunga ni. Kalau Kak Ary nak tahu, bunga-bunga ni bos saya pilih yang paling cantik sekali dekat kedai tu. Khas buat Kak Ary."

"Err... Cucuratap Si- siapa yang bermurah hati bagi bunga ni? Hari ni bukannya ada apa-apa hari istimewa buat akak pun."

Sekalipun Adriana masih ragu-ragu untuk menerima jambangan bunga tersebut, disambutnya juga dan diciumnya sedikit bunga tersebut untuk menghidu baunya. Rasanya memang sudah menjadi tindakan refleks resmi setiap orang perempuan, asal dapat bunga sahaja pasti akan dicium baunya dahulu.

"Saya tak tahu Kak Ary. Pembeli tu datang buat pesanan bunga ni masa saya keluar pergi buat penghantaran tadi. Tapi rasanya ada kad daripada pengirim tu terselit dekat situ kan?"

"Hmm... haah ada kadnya dekat sini."

"Specially for my sweet love Adriana Zuanic... From your love Mr. K!"

Belum sempat Adriana membaca kartu kecil itu, Kaypo sudah menyibuk tolong membacakan tulisan yang tertera pada kad itu; tulisan yang Adriana sudah cukup kenal siapa tuannya. Siap dengan suara yang boleh tahan kuat juga dan cukup untuk sampai ke pendengaran Erdyzuan yang masih lagi tidak berganjak daripada mejanya sejak tadi.

"Mr. K tu siapa Kak Ary? Datuk K suami Siti Nurhaliza tu ke? Ke Doktor Faez? Nama dia pun ada huruf K kan? Kalu tak silap Kay nama penuh dia Dr. Kamarul Faez kan?"

Adriana merenung tajam pada pekerjanya yang tidak berhenti-henti bercakap daripada tadi. Namun dalam hatinya sebenarnya Adriana terasa mahu tergelak sahaja mendengarkan spekulasi-spekulasi yang dinyatakan oleh Kaypo itu.

'Bangg!'

Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi terjatuh. Pantas Adriana, Kaypo dan Cucuratap mengalihkan perhatiannya kepada arah dari mana datangnya bunyi tersebut.

Kelihatan di arah sana, kerusi yang tadinya menampung duduk Erdyzuan telah ditolak jatuh dan lelaki itu sedang bangun dengan tergesa-gesa daripada duduknya lalu segera ke kaunter untuk meletakkan not bayaran sebelum terus bergegas keluar daripada Aryz-one Café itu. Air muka Erdyzuan saat itu usah ditanya. Wajahnya nampak merah sungguh seperti sedang marah yang amat.

Kaypo dan Cucuratap terus tercengang-cengang melihatkan aksi Erdyzuan itu.

Adriana pula entah mengapa merasa resah melihat reaksi Erdyzuan yang sebegitu. Dia tahu, sepatutnya dia merasa gembira kerana sekurang-kurangnya dengan idea mengarut dan  membazir Kerol menghantar sejambak bunga yang begitu besar padanya tadi, sudah berjaya membuatkan Erdyzuan marah padanya.

Dia amat yakin selepas ini Erdyzuan pasti tidak akan mengganggunya lagi. Ya lah Erdyzuan tu kan bila dah marah, dia pasti akan lancarkan perang dinginnya pada Adriana. Dia tidak akan mahu memandang ataupun bercakap dengan Adriana. Jadi tidak payahlah Adriana perlu sibuk memikirkan cara-cara untuk menghindarkan dirinya daripada Erdyzuan lagi setiap hari.

Tetapi kenapa ya hatinya ini merasa tidak gembira pula dengan perkembangan terbaru ini?

 

 


Another entry... Bermula daripada entry yang ini, iejay akan start countdown entry ...yaiy... 9 more entry to go... hopefully boleh cepat habiskan sebab kepala iejay ni dah asyik terasa gatal nak berangan cerita yg ke-3 aja...hehehe... lagipun menulis RHD ni memang meletihkanlah sebab iejay rasa jalan cerita dia agak berat dan totaly so not me since i'm yet a married woman huhuhu...  untuk konon-konon cerita baru tu nama heroin dah ada, tajuk dah ada, jln cerita so and so... nama encik hero aja yg tak ada lagi... any suggestion???  



iejay Simply Stated Her Recipe @ 02:33 pm
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia