Saturday, February 21, 2009
Resepi Hati Dia - Bahagian II -BaB 23

 

 'To! Tok! Tok'

Di saat mendengar ketukan yang datang daripada pintu rumahnya itu, Adriana yang sejak pagi tadi hanya duduk termenung di sofa ruang tamu terus sahaja segera bangun menuju ke pintu rumahnya untuk membuka pintu. Apabila matanya mula bertentangan mata dengan mata si tetamu yang ditunggu-tunggunya sejak tiga hari yang lalu, dia menyapa si tetamunya dengan suara dan senyuman yang hambar.

"Hai, Kerol..."

 "Hah! Kau ni kenapa? Lemah semacam aja... Kau tak sihat ke Ary?"

"Aku sihat..."

"Tapi aku tengok gaya kau ni tak macam orang sihat pun. Tadi aku cari kau dekat kedai, tapi kau tak adalah pula. Budak-budak tu kata kau dah tiga hari langsung tak jenguk muka ke sana. Setahu aku kau tak pernah nya buat perangai macam ni. Ayan dah okay ke? Ke dia masih sakit lagi?"

"Aku okay. Ayan pun dah sihat dah. Bukannya teruk mana pun luka dia sebab kemalangan hari tu. Dah boleh melompat dah pun hero kau tu. Dia ada dekat atas, tengah layan tengok VCD kartun Ben 10 dia dari pagi tadi."

"Kalau kau okay dan Ayan tu pun dah okay, baguslah. Dah tu apanya masalah kau ni? Daripada gaya mesej yang kau tinggalkan dekat telefon aku tu macam ada benda berat kau nak cerita dekat aku. Macam tak sabar-sabar nak suruh aku balik sini. Hmm... ni aku dah ada depan kau, cakaplah apa yang membebankan kau sangat tu?"  

 Adriana memandang sekilas wajah temannya, Kerol yang setia berada di sisinya ini sejak lima tahun yang lalu sebelum meluahkan sebuah keluhan berat.

"Entahlah Kerol... Aku tak tahu macam mana aku nak ceritakan pada kau masalah aku ni. Tapi ni ada kena mengena dengan... Ed... Edy... Erdyzuan..."

Kedengaran agak tersekat-sekat suara Adriana untuk menuturkan sepotong nama yang telah lama cuba untuk dilupakannya itu.

Kerol yang mendengar nama Erdyzuan meluncur daripada bibir Adriana, mengerutkan dahinya sendirian. Dia cuba mengaitkan kemungkinan kaitan empunya diri nama tersebut dengan masalah yang membuatkan teman di hadapannya ini berhati walang.

Lalu saat itu pantas sahaja fikirannya melayang teringatkan peristiwa tiga hari yang lalu di Klinik Dr. Faez, sebelum dia terpaksa terbang ke Terengganu untuk melawat tapak projek milik syarikat ayahnya yang bermasalah...

 

 

 

 

     "Adriana? Adriana? Bangun... bangun Ary..."

Kerol menepuk-nepuk pipi Adriana dengan perlahan agar temannya itu segera tersedar semula daripada pengsan nya sekalipun dia sedar Dr. Faez sedang cuba sedaya-upayanya menggunakan ilmu kedoktoran nya untuk menyedarkan Adriana. Di saat ini Adriana sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil rawatan Klinik Dr. Faez yang tadinya diduduki oleh Aryan Hafiz semasa menerima rawatan.

Kata Dr. Faez, Adriana pengsan kerana terkejut melihat kehadiran lelaki yang melanggar Aryan Hafiz di dalam bilik rawatan tersebut. Ketika ini lelaki yang masih tidak diketahui namanya itu dan kelihatan begitu resah sekali, turut berada di dalam bilik rawatan ini bersama-sama mereka menanti Adriana tersedar. Aryan yang merengek-rengek menahan kesakitan akibat tergolek kerana di langgar oleh sebuah kereta sejak mendapatkan rawatan tadi, kini sedang menangis hiba di sisi Kerol. Sesekali kedengaran suara Aryan yang sayu, merayu supaya ibunya itu bangun.    

"Ibu! Ibu bangunlah ibu... Ayan janji lepas ni Ayan tak nakal-nakal lagi. Ayan tak akan pergi kedai seorang diri lagi. Ayan janji Ayan akan dengar cakap ibu. Ibu... bangunlah ibu... Ibu!!!"

 "Argh... argh... Ay - Ayan..."

 "Alhamdulillah dia dah sedar. Adriana... buka mata tu Adriana. Ayan ada di sini."

Mendengarkan Adriana mula bersuara dengan suara yang tersekat-sekat memanggil nama anaknya Aryan Hafiz dan melihat wanita itu mula cuba membuka matanya, Doktor Faez segera bersuara memberitahu.

Entah kenapa mendengarkan suara doktor berpangkat duda itu begitu pantas menjawab, Kerol mencebik benci. Dia tahu lelaki itu adalah doktor dan sememangnya sudah menjadi tugas dia untuk terlebih dahulu melihat respons Adriana dalam merawat temannya itu. Tetapi dia memang cukup tak berkenan dengan gaya doktor tersebut. Atau... adakah dia sebenarnya cemburu kerana terasa kedudukannya sebagai teman baik Adriana yang sepatutnya sentiasa berada di sisi temannya itu seperti mula tergugat?

Lelaki yang telah menyebabkan Adriana pengsan tadi, apabila mendengarkan suara Adriana yang sudah mula tersedar itu segera mendekati sisi katil perbaringan Adriana seraya menolak ke tepi kehadiran Kerol dan Dr. Faez daripada situ. Tangan Adriana dicapainya lalu digenggamnya penuh erat.

"Adriana? Ary? Ary sayang?"

Kerol dan Dr. Faez yang sama-sama tergamam kerana ditolak ke tepi secara tiba-tiba oleh lelaki yang melanggar Aryan Hafiz tadi, berkerut dahi mendengarkan cara lelaki itu membahasakan Adriana. Sememangnya kedua-dua mereka tidak mengenali siapakah lelaki itu dan apakah hubungannya yang sebenarnya dengan Adriana.

Adriana yang sudah mula sedar sepenuhnya ketika ini, terkejut besar melihat lelaki yang telah memberi kejutan kepada dirinya tadi sehingga pengsan masih lagi berada di dalam klinik ini dan kini mukanya begitu dekat sekali dengan Adriana. Kalau tadi dia terkejut kerana melihat lelaki yang dirasakannya serupa dengan seorang lelaki daripada masa silam nya; kini dia amat pasti lelaki ini sememangnya adalah lelaki daripada masa silam nya. Lelaki ini adalah...

 "Ary sayang?"

"Zu... Zu... Zuan? Er... Erdyzuan?"

"Ya sayang. Zuan ni. I'm your Erdyzuan sayang."

'Zuan? Erdyzuan?'

Kerol mengulang-ulang nama itu di dalam hatinya. Nama itu seperti amat sinonim dengannya suatu masa dahulu. Tetapi di mana ya dia pernah mendengarkan nama itu?

Dr. Faez terus termangu-mangu apabila mendengarkan lelaki itu membahasakan dirinya sebagai 'I'm your Erdyzuan' pada Adriana. Siapakah lelaki ini?

'I'm your Erdyzuan? Masih ada lagi kah frasa itu dalam hidupnya kini?'

Adriana memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan bingung...

 

 


Dah lama sungguh iejay tak menulis dan mencuba resepi baru... jadi perasanya mungkin kurang sedikit... Kind of busy lately... Dekat rumah busy dengan anak-anak saudara yang bernomad sementara my sis habiskan cuti berpantangnya... Di ofis pula, ingatkan bila bos dah balik, I've got my freedom back... tapi rupanya bila dah balik tiba-tiba dia buat decision a.k.a arahannya 'Z****, I want you to be my apprentice. You do the all the draft and I as your Yoda will check it. It's good to build up your experience. Awak nak naik pangkatkan?'...*erkkk.. actually tak adalah dia kata begitu, cuma iejay interpret-nya macam tu...hehehe*

Alhamdulillah Lagu Cinta sudah pun selamat berada di kedai-kedai... kalau nak order online boleh refer dekat my other blog http://iejay.blogdrive.com. Pada yang dah beli much thanks to you. Pada yang dah baca versi buku, harap-harap boleh tinggalkan komen dekat my guestbook. Your kindnesses are much appreciated. Yang baik itu datangnya daripada Allah, jikalau ada yang kurang tu adalah kelemahan seorang iejay... 

Untuk next entry dah siap pun sebab tiba-tiba jadi terajin sedikit... tapi iejay akan post kan end of week ni kot...     

 



iejay Simply Stated Her Recipe @ 09:21 am
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia