Saturday, November 15, 2008
Resepi Hati Dia - BaB 21

WARNING: ENTRY INI MENGANDUNGI SEDIKIT UNSUR 18SX. SILA PASTIKAN ANDA TIDAK BERPUASA KETIKA MEMBACANYA DAN KALAU TIDAK KUAT IMAN SILA SKIP BARISAN CERITA YANG MEMPUNYAI UNSUR 18SX. SEBARANG SIDE EFFECT TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PENULIS YA... HAHAHA....  

 

 

Mei 2003 (sambungan)

 

"Huargghhh..."

Mulut Adriana menguap panjang menahan rasa mengantuk yang sejak tadi membelenggu dirinya ketika ini. Lalu laju sahaja tapak tangannya menutup mulutnya yang sedang terbuka luas. Tidak mahu memberi ruang untuk syaitan mahupun lalat memasuki dirinya. Matanya memandang ke arah jam pada dinding ruang tamu. Waktu sekarang baru sahaja menunjukkan 2.45 petang. Dalam hatinya Adriana berkira sendiri masa yang dia ada.

Pagi tadi, sebelum Erdyzuan bertolak daripada Lapangan Terbang Kota Kinabalu, suaminya itu ada memberitahu yang dia berkemungkinan akan sampai ke rumah sebelum Maghrib kerana sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur dia perlu bergegas ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat. Sekalipun Erdyzuan kata dia sebenarnya sedang kepenatan dan lebih suka memilih untuk terus balik berehat di rumah sahaja; mesyuarat itu perlu dihadirinya kerana dia dikehendaki untuk memberi pembentangan kepada wakil pihak ibu pejabat syarikatnya di Amerika yang hanya akan berada di Malaysia sehingga malam ini sahaja.

Setahu Adriana kalau suaminya itu kata sebelum Maghrib, biasanya waktu yang dia maksudkan itu adalah jam enam dan ke atas. Jadi rasanya dia masih ada masa lagi untuk tidur petang buat barang sejam dua lagi. Lagipun hari ini dia tidak perlu memasak apa-apa kerana Erdyzuan sudah pun berjanji untuk membawa dia keluar makan malam di tempat yang konon mahu dirahsiakannya dahulu daripada Adriana. Kata suaminya itu, dia mahu meraikan sambutan hari jadi Adriana yang sudah pun empat hari berlalu itu.

"Huargghhh..."

Sekali lagi Adriana menguap. Kali ini dia tidak mahu berfikir panjang lagi, laju sahaja dia melunjurkan kaki dan merebahkan kepalanya pada bantal kecil di sofa panjang ruang tamu yang di dudukinya sejak tadi. Matanya yang sejak tadi mahu tertutup kerana terasa seperti telah digam-gam sahaja, laju sahaja terkatup dan terus membawa Adriana lena ke alam mimpi. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, dia asyik terasa mengantuk sahaja. Contohnya seperti sekarang inilah. Waktu sekarang belum pun masuk jam tiga petang lagi tetapi Adriana sudah mengantuk buat sekelian kali lagi. Sedangkan sekitar jam 12 tengah hari tadi dia telah pun tidur untuk lebih kurang sejam lamanya.

Entahlah, mungkin ini semua kerana pembawaan budak agaknya. Hmm... Adriana kini sedang mengandung tau. Dua hari lepas doktor telah pun mengesahkan telahan hati wanitanya selama beberapa minggu ini. Kata doktor, kandungan Adriana kini sudah pun berusia enam minggu dan Insya-Allah kalau tiada masalah dia dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Disember nanti. Isy, tak sabar sungguh rasanya Adriana hendak menanti kelahiran kandungannya ini. Kali ini seboleh mungkin dia akan pastikan kandungannya ini selamat lahir ke dunia. Tidak akan dibiarkan Ermilza menyentuh sedikit pun tubuhnya ini untuk menyakiti atau membunuh kandungannya lagi.

Dan... lebih tidak sabar lagi dia hendak melihat reaksi Erdyzuan akan berita terbaru ini apabila suaminya itu sampai ke rumah petang nanti. Malas mahu berfikir banyak, buat sekali lagi Adriana akan menggunakan taktik yang sama untuk memberitahu Erdyzuan tentang kewujudan benih kasih mereka ini iaitu dengan meletakkan alat penguji kehamilan yang sudah bertanda dua garis biru di dalam bilik air mereka. Apabila suaminya sampai ke rumah petang nanti dan masuk ke bilik air untuk mandi... surprise... surprise... sudah pastilah suaminya itu akan nampak alat tersebut dan dapat menekanya dengan mudah sekali berita terbaru ini.

Okey itu adalah cerita kejutan buat Erdyzuan petang nanti. Sekarang Adriana mahu melayan matanya yang hendak tidur sejak tadi dan bermimpikan yang indah-indah sahaja. Apatah lagi ketika ini tiada siapa pun di rumah ini selain dirinya sahaja. Emak mentuanya sememangnya tiada di rumah kerana mengikuti rombongan Cik Kiah ke Terengganu untuk tiga hari dua malam; Erdyzuan ada di pejabat; Ermilza pula masih terbang rasanya dan dia tidak peduli bila adik iparnya itu akan balik. Jadi sudah pastilah tiada sesiapa yang akan mengganggu dirinya ini beradu kan? Pintu rumah pun sudah di pastikannya dikunci sejak tadi lagi, maka selamatlah seorang Adriana melayari bahtera mimpinya petang tu.

 

 

 

 

 

Lebih kurang setengah jam selepas itu, di saat Adriana masih enak melayari mimpi siang harinya, Ermilza membuka pintu rumahnya dengan kunci pendua yang dimilikinya. Hajat di hati dia hanya mahu singgah sebentar di rumah untuk mengambil beberapa helai persalinan baru sahaja sebelum memecut pergi semula bersama-sama teman lelaki terbarunya; si kapten muda sebuah pesawat penerbangan negara jiran yang baru dikenalinya di lapangan terbang sebentar tadi untuk sama-sama melayan bahtera nafsu mereka berdua di bilik hotel penginapan lelaki itu selama beberapa hari cuti rehat yang diperuntukkan untuk mereka berdua.

Namun di saat pandangan mata Ermilza menangkap Adriana yang sedang lena tidur di sofa panjang ruang tamu hanya dengan berpakaian sun dress tanpa lengan (pakaian biasa Adriana apabila hanya dia berseorangan atau bersama-sama Erdyzuan di dalam rumah), timbul satu niat jahat di dalam kepalanya ini. Bibirnya tersenyum lebar memikirkan perancangan jahat yang bakal dilaksanakannya sebentar lagi. Ada satu peluang yang dinanti-nantikan nya selama ini sedang terbuka buatnya ketika ini. Adriana sedang nyenyak tidur, si kekasih barunya yang tidak sabar-sabar sejak tadi untuk bermesra dengannya itu ada di luar sana menanti, emaknya tiada di rumah kerana mengikuti lawatan ke Terengganu dan abangnya pula masih belum sampai ke rumah. Hmm... rancangannya ini pasti sahaja akan sukses.

Oh ya, Ermilza tahu yang Erdyzuan masih belum balik lagi kerana tengah hari tadi, ketika dia sudah bersedia untuk balik selepas kapal terbang dia mendarat dan setelah segala kerjanya selesai, dia ada terserempak dengan abangnya di balai ketibaan. Kata abangnya itu, dia perlu bergegas ke pejabat dahulu untuk bermesyuarat dan hanya akan balik lewat petang nanti. Ermilza pula memberitahu abangnya itu yang dia tidak akan pulang ke rumah dahulu buat dua tiga hari ini kerana mahu menemani seorang teman sekerjanya yang konon takut tinggal sendirian apabila teman-teman serumahnya yang lain semuanya sedang bertugas untuk penerbangan mereka. Abang kesayangannya yang sungguh mempercayai si adik daripada dulu itu hanya mengangguk sahaja dan langsung tidak memberi komen apa-apa tentang rancangannya itu.

Berbalik pada rancangan jahat yang baru muncul di benaknya ketika ini, Ermilza segera mengubah pelan asalnya yang mahu mengambil beberapa helai persalinan baru sahaja sebelum memecut pergi semula bersama-sama teman lelaki terbarunya tadi. Lalu dia segera keluar semula dan memujuk sang kekasih supaya masuk ke dalam rumah dia sebentar dan memulakan pelayaran asmara mereka di dalam biliknya sendiri dahulu. Di khabarkan tiada siapa yang ada di rumahnya sehingga malam nanti ketika ini selain daripada pembantu rumahnya sahaja yang sedang tidur. Tambahnya lagi, sekalipun pembantu rumahnya itu ternampak apa yang bakal mereka lakukan nanti, wanita itu tidak akan beraninya untuk memberitahu ahli keluarga dia yang lain. Si kapten muda yang sememangnya sudah tidak sabar-sabar mahu meratah tubuh Ermilza sejak mereka berkenalan tadi terus sahaja bersetuju dengan tawaran yang dihulurkan si gadis yang sudah tidak gadis lagi itu.

Tidak sampai lima minit selepas itu, Ermilza dan teman lelakinya itu sudah pun berada di dalam bilik tidur Adriana dan Erdyzuan (yang diakui Ermilza sebagai bilik dia sendiri pada si kekasih). Dalam keadaan Adriana masih lagi lena di ruang tamu di bawah sana, Ermilza dan teman lelakinya mula melunaskan hajat nafsu serakah mereka di atas katil kelamin Adriana dan Erdyzuan. Ermilza terus hanyut dibuai arus asmara sang kekasih dan hati hitam nya sudah mula menari riang memikirkan kejayaan rancangan jahat nya sebentar lagi.

Si kapten muda itu pula terus hanyut melayani nafsunya akibat di buai rengekan manja dan godaan tubuh seksi Ermilza sehingga langsung tidak perasan kehadiran gambar Adriana dan Erdyzuan di dalam bilik medan asmara nya ketika ini yang kononnya dikatakan adalah bilik milik Ermilza. Malah kesamaan wajah wanita pada gambar di dalam bilik ini dengan wajah wanita yang dia nampak sedang lena di ruang tamu rumah yang dikatakan itulah si pembantu rumah oleh Ermilza tadi langsung tidak dapat dicerna oleh otaknya lagi. Fikirannya kini hanya tertumpu pada hajatnya yang satu iaitu mahu meratah tubuh Ermilza sepuas-puas hati lelakinya.

Hampir sejam berlalu selepas medan asmara Ermilza dan si kapten muda dimulakan, si kapten muda akhirnya tertidur kepenatan. Ermilza yang sebenarnya juga kepenatan tetap menggagahkan dirinya bangun dan menyarungkan pakaian seragam nya semula. Mukanya dibersihkan semula dan rambutnya dikemas rapi sebaik mungkin. Elok tepat seperti apa yang diharapkan pada perancangan jahat nya, dia dapat melihat melalui tingkap balkoni bilik itu (yang merupakan bilik utama dan menghadap pagar rumah) sebuah teksi sedang berhenti dan menurunkan Erdyzuan.

Pada masa yang sama juga bagaikan diharapkan oleh Ermilza, Adriana sudah pun terjaga daripada lena nya dan dalam keadaannya yang masih mamai lagi, sedang berjalan menaiki tangga untuk masuk ke bilik tidurnya. Sepantas mungkin Ermilza terus memasuki biliknya yang berhadapan dengan bilik Adriana dan Erdyzuan lantas membiarkan kapten muda yang sedang terlena setelah penat berasmara dengannya tadi terus terbongkang dalam keadaan separa telanjang di atas katil abang dan kakak iparnya itu.

         Erdyzuan yang sudah terlalu merindui Adriana dan segera balik dengan menaiki teksi setelah mesyuaratnya tamat sedikit awal, terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah yang tidak Ermilza kunci semula tadi tanpa memberi salam terlebih dahulu. Melihatkan Adriana tiada di ruang tamu dan tiada sebarang bunyi kedengaran di ruang dapur, dia segera memanjat tangga ke tingkat atas untuk mencari isterinya itu di bilik tidur mereka berdua.

Adriana yang masih mamai sejak terjaga daripada tidur petangnya, terus sahaja melangkah ke dalam bilik air setelah masuk ke dalam biliknya tanpa memandang katilnya yang sudah berkecah dek penangan asmara Ermilza tadi dan pasangannya yang masih terbongkang terlena di situ. Agak seketika dia memerhatikan wajah lesunya dan rambutnya yang agak tidak terurus akibat tidur petang pada cermin bilik air sebelum dia teringat hajat asalnya untuk masuk ke bilik air tadi adalah kerana mahu mandi. Tetapi kemudiannya apabila teringat yang dia telah terlupa untuk membawa tuala nya masuk sekali ke dalam bilik air, dia segera melangkah keluar semula daripada bilik air untuk mencapai tuala miliknya yang sedia terlipat di atas salah satu meja kecil di sebelah katil.

Di saat dia mahu mencapai tuala itu barulah dia terperasan akan kehadiran lelaki separuh telanjang yang tidak dikenalinya sedang lena di atas katil kelamin dia dan Erdyzuan yang sudah berkecah teruk itu. Matanya terbeliak dan mulutnya ternganga luas melihat apa yang ada di hadapan matanya ketika ini. Belum sempat otaknya mencerna dari mana datangnya lelaki asing itu, dia mendengar satu suara lelaki yang begitu kuat bagaikan bunyi guruh bergema di dalam bilik itu.

"WHAT THE HELL IS THIS!!!"

Wajah Erdyzuan di muka pintu ketika ini begitu menyinga sekali memandang ke arah Adriana yang sedang memegang tuala dan lelaki asing separuh telanjang di atas katilnya itu.

Adriana pula terus kaku di situ dan pucat tidak berdarah wajahnya. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku tetapi dia dapat mengagak apa yang akan terjadi sebentar lagi.

Kapten muda yang terlena kerana kepenatan berasmara dengan Ermilza tadi terpisat-pisat bangun apabila mendengar bunyi tengkingan Erdyzuan tadi.

Ermilza yang sudah bersedia daripada tadi, segera keluar daripada persembunyian di biliknya lalu mendekati sisi abangnya dengan muka penuh perasaan konon terpinga-pinga dengan jeritan Erdyzuan tadi sebelum terus melakonkan reaksi penuh kejutan di wajahnya pula.

"Oh, my God!!!" 

 

 

 

 


Akhirnya dapat juga curi-curi masa siapkan satu entry. Ini pun iejay rush menaip isi yang entah apa-apa rasanya dari jam 8.45 p.m sehingga jam 12.30 a.m. Sampaikan bila sampai ofis masih terasa di awang-awangan sebab tak cukup tidur. Okay ke entry ni? Suspens ke? Ke rasa macam bacin aje?  Maaflah ya kerja terlalu banyak sebab bos iejay cuti bersalin. Seperti yang dikata entry tak dapat di siapkan seperti yg sepatutnya sekalipun iejay rindu sangat nak menaip cerita. Asyik nak kena menaip memo dan minit ceraian sahaja sampaikan bila balik kerja dan hujung minggu memang iejay dah melepek kepenatan. Aktiviti kegemaran iejay iaitu blog hopping pun terpaksa ditinggalkan. Hanya certain2 blog sahaja yg mengahantar notification ke email iejay yg iejay sempat jenguk. nak balas email org pun asyik tertangguh. Nak tampal resepi di blog ini apatah lagi memasak di rumah asyik tertangguh sahaja kerana hambatan masa. next entry tak tahu lagi bila ya... tengoklah akalu iejay ada masa dan betul2 bersemangat nak taip sambungan...

 

 

Hehehe... dalam mencuri masa iejay sempat juga cuba buat kuiz ni... semuanya pasal kak Wan Amalyn ni la... iejay dah terpengaruh nak buat kuiz yang sama... kui..kui... kui... (lama tak buat gelak macam ni)...

          




Your Friendliness Score is 73 (Friendly)

No doubt about it, you are a good friend and a friend to many.
You're one of the first people your friends call when they have news. (ya ke iejay macam ni?)

You are quite popular, and your circle of friends is always growing.
And while you are always making new friends, you are careful not to leave your old friends behind. (betul... betul... betul...)

While you are a great friend, you're not perfect. Sometimes you slip a little.
Make sure to listen to your friends and make time for them. Occasionally they feel a little neglected. (betul... betul... betul...) 





What Your Name Says About You

Your name says that you are mostly:

Optimistic but demanding. (betul... betul... betul...)

Your name also says you are:

Ambitious but stubborn (betul... betul... betul...)
Artistic but extreme (betul... betul... betul...)
Thoughtful but slow
(betul... betul... betul...)

 





What Your Handbag Says About You

You tend to be relaxed throughout the day. You are naturally at peace. (betul... betul... betul...)

You tend to be relaxed but alert. You keep your eye out for anything unusual. (betul... betul... betul...)

You are a high maintenance person. You feel lost outside of your normal environment. (hehehe... betul... betul... betul... )

Your motto is : “Be prepared.” You don't like to be surprised by anything. (betul... betul... betul...)

You are a very creative person. Your life tends to be a whirlwind, but you always seem to pull it together. (betul... betul... betul...)

You are practical and down to earth. You tend to be a rather reserved and quiet person. 
(betul... betul... betul...)

 



iejay Simply Stated Her Recipe @ 12:00 am
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia