Friday, October 31, 2008
Resepi Hati Dia - BaB 20

 

 

Mei 2003

Adriana rasakan kini dia benar-benar bahagia. Alam rumah tangga nya bersama Erdyzuan di saat ini semakin bertambah rukun, aman, sentosa, harmoni dan segala perkataan yang muluk-muluk yang seangkatan dengannya. Sekalipun mereka ada juga bergaduh sekali-sekala, namun tidaklah sampai ke tahap yang serius sampai tidak bertegur-sapa seperti sebelum ini. Kiranya kalau ada sekalipun, pertengkaran Adriana dan Erdyzuan itu hanya sekadar gaduh-gaduh sayang sahaja. Biasanya kini kalau mereka bergaduh, cepat-cepat Adriana akan mula menarik muncung empat belas nya dan tidak sampai sejam dia merajuk pastinya Erdyzuan sudah siap-sedia untuk memujuk isteri kesayangannya ini.

Sebulan setengah selepas hari raya yang lalu, dengan rasminya Adriana telah melepaskan jawatannya sebagai Ladies Department Floor Executive di Parkson dan memulakan kerjaya barunya sebagai suri rumah sepenuh masa. Kini, jadualnya setiap hari hanya dipenuhi dengan melakukan kerja-kerja rumah dan duduk berehat-rehat sahaja di rumah. Rutin nya kini setiap hari boleh dikatakan sentiasa sama sahaja.

 

  6.30 a.m. - Bangun sembahyang subuh dan sediakan sarapan

  7.00 a.m. - Teman kan Erdyzuan bersarapan.

  7.30 a.m. - Erdyzuan pergi bekerja.

                    Mula mengemas rumah dan membasuh baju.

  9.30 a.m. - Berehat-rehat sambil menonton televisyen atau membaca.

11.30 a.m. - Tidur sebentar.

12.30 p.m. - Bangun dan sembahyang Zuhur.

  1.30 p.m. - Menonton televisyen atau membaca.

  3.30 p.m. - Sediakan hidangan minuman petang.

  4.30 p.m. - Solat Asar kemudian menonton televisyen.

  6.00 p.m. - Tunggu Erdyzuan balik sambil sediakan hidangan makan malam.

  7.30 p.m. - Sembahyang Maghrib, makan malam.

  8.30 p.m. - Berehat-rehat dengan Erdyzuan sambil membaca buku.

10.30 p.m. - Tidur.

 

Hmm... sungguh membosankan kehidupannya kini kan? Monotone sahaja. Namun begitu Adriana rasa dia sebenarnya suka juga hidup begini bilamana dia tidak payah lagi hendak penat berdiri diri setengah hari suntuk di tempat kerja dan berpenat lelah berfikir serta melayan ragam pelanggan Parkson yang pelbagai jenis seperti dahulu. Terutamanya yang suka buat kecoh macam Erdyzuan seperti ketika pertama kali pertama mereka bertemu dahulu. Lagipun duduk di rumah begini seronok juga sebab dengan hanya buat sedikit kerja rumah seperti mengemas yang tidak banyak mana pun itu, memasak dan membasuh baju, dia masih menerima duit untuk berbelanja daripada suaminya yang tercinta itu. Itu pun tidak termasuk lagi peruntukan khas untuk Adriana membeli buku-bukunya. Duit untuk perbelanjaan barang-barang keperluan rumah pula sememangnya sudah di asingkan oleh Erdyzuan daripada awal lagi. Seronok kan hidupnya kini?   

Oh ya, kini suaminya itu tidak lagi marah-marah kalau Adriana hendak membasuh sendiri segala pakaian di rumah ini sendiri dengan syarat Adriana jangan terlalu memaksa dirinya sehingga kepenatan sahaja. Sampai sekarang Adriana sendiri tidak pernah nya faham kenapalah suaminya itu macam anti sangat dengan aktiviti membasuh baju sendiri di rumah dan lebih suka menghantarnya ke dobi. Zaman sekarang ni bukannya macam dulu lagi kalau nak membasuh baju. Kalau dulu-dulu tu ya lah nak kena angkut bakul baju ke tepi sungai untuk membasuh dan nak kena gonyoh-gonyoh segala bagai. Tetapi zaman sekarang ni kita hanya perlu campak sahaja segala pakaian kotor ke dalam mesin basuh, masukkan sabun dan hidupkan suis. Setelah habis dibasuh, masukkan pula baju ke dalam mesin pengering dan semuanya siap. Cukup bulan tunggu sahaja bil elektrik daripada TNB datang dan pergi bayar.

Pada waktu-waktu senggang nya yang lain terutamanya bila Adriana terasa tiada hati hendak membaca, dia akan mengikuti kelas kraf tangan dan juga kelas memasak dengan Martha Stewart di hadapan televisyen. Kalu tidak pun dia akan menghabiskan masanya merayau-rayau di laman web mencari resipi dan selepas itu dia akan mula mencubanya. Mangsa kepada segala percubaannya itu sudah pastilah suaminya yang tercinta itu. Sampaikan ada suatu hari tu di saat mulut suaminya itu tengah penuh mengunyah hidangan Quench Tuna yang di masak oleh Adriana, tiba-tiba kedengaran suara Erdyzuan mengadu kepadanya;     

"Sayang tahu tak, Charles, office mate Bi tu kata, Bi ni dah semakin berisi sekarang. Mana ada kan? Badan Bi ni masih fitted lagi apa. Hari tu Bi timbang pun, baru naik lima kilo sahaja."

Adriana yang mendengar komen Erdyzuan itu hanya tersenyum sahaja melihat suaminya itu. Sejak dia berhenti kerja dan semakin rajin mencuba segala resipi yang membuatkan Erdyzuan juga semakin seronok sebab asyik dapat makan sahaja, suaminya itu memang sudah nampak sedikit berisi. Tetapi bukanlah sampai tahap gemuk atau perut buncit pun. Lagipun setahu Adriana suaminya itu masih rajin hendak mengikut bila Adriana mengajak sama Erdyzuan ke bukit berdekatan Seksyen 4 untuk berjoging (Nota: tempat Erdyzuan melamar Adriana dahulu).

Tentang hubungan Adriana dengan Ermilza pula masih lagi dingin seperti dahulu. Seperti biasa, cara yang terbaik menangani kerenah orang seperti Ermilza itu ialah jangan dilayan perangainya itu. Lantak lah adik iparnya itu hendak buat apa sekalipun asalkan tidak menyusahkan hidup Adriana cukuplah. Itu pun ada beberapa kali Ermilza masih lagi menyerang Adriana dengan kata-kata sindirannya. Terutamanya bila dia tengah geram apabila rayuannya untuk meminta abangnya itu membayarkan bil kad kreditnya tidak selalunya dilayan lagi seperti dahulu.

Kini Erdyzuan hanya akan membayar separuh sahaja daripada jumlah bil kad kredit Ermilza dan bila dia rasakan perlu sahaja. Kata suaminya itu pada si adik kesayangannya itu,  sudah sampai masanya untuk Ermilza belajar berdikari dan hemah berbelanja seperti Adriana. Mendengarkan kata-kata suaminya itu, Adriana sememangnya sudah menari riang di dalam hati. Lebih-lebih lagi bila dia memandang muka kelat Ermilza yang di smash oleh si abang.

Sampai ke saat ini Adriana dan Erdyzuan masih mencuba supaya dia cepat-cepat mengandung sekali lagi. Namun mungkin sudah ditakdirkan masih belum ada rezeki buat mereka lagi. Sehingga kini tiada juga tanda-tanda yang Adriana sedang mengandung. Tak apalah, masih banyak lagi masa buat mereka untuk mencuba. Mereka berdua masih lagi muda. Adriana pun baru sahaja hendak melangkah masuk ke umur 28 tahun, dua minggu daripada sekarang. Hidupnya kini sememangnya bahagia, lalu apa lagi yang hendak dia susah hati bila mana masih lagi tiada khabar gembira nan satu itu buat dia dan Erdyzuan lagi buat masa ini.

Erdyzuan juga semakin lembut melayannya sekarang ini. Suaminya itu tidak lagi akan menuduhnya apa-apa tanpa usul-periksa seperti dahulu. Jika ada sebarang keraguan, suaminya itu pasti akan cuba bertanya untuk meminta kepastian dahulu daripada Adriana  sendiri sebelum hendak terus sahaja melancarkan sebarang perang dingin seperti mana sebelum-sebelum ini.

Pada Erdyzuan, dia sudah sedar kini yang dia tidak boleh hendak mengikut apa kata hatinya sahaja untuk menghakimi isterinya ini sekalipun sehingga hari ini dia masih lagi ragu-ragu apakah hubungan lelaki yang bernama Kerol itu dengan Adriana. Buat masa ini dia sudah terlalu penat hendak bergaduh lagi dengan Adriana nya. Lalu kerana itu dia hanya mendiamkan sahaja dirinya tentang isu lelaki bernama Kerol itu. Biarlah. Lagipun kebelakangan ini dia langsung tidak menjumpai sebarang tanda-tanda yang Adriana ada berhubung dengan temannya yang bernama Kerol itu lagi.

 

 

 

 

 

Lagi tiga hari ulang tahun Adriana yang ke 28 akan tiba. Namun begitu, Erdyzuan tidak dapat hendak bersama-sama Adriana seperti mana tahun lalu kerana ada tuntutan tugas yang perlu dipenuhinya. Tengah hari ini dia perlu bertolak ke Sabah untuk tugasannya di pelantar minyak selama seminggu. Lalu kerana itu, dia sudah merancang dengan Adriana untuk menyambut hari jadi si isteri sebaik sahaja dia pulang nanti.

Hari ini, seawal jam enam pagi lagi dia sudah terjaga daripada tidurnya dan menunggu Adriana bangun. Sebaik sahaja dia melihat Adriana mula membuka kelopak matanya, dia terus menghadiahkan ciuman pada dahi si isteri bersama nyanyian selamat hari jadinya. Sekalipun hari ulang tahun Adriana adalah tiga hari lagi, dia mahu menjadi orang pertama mengucapkan ucapan itu pada Adriana seperti tahun lepas dan juga untuk tahun-tahun akan datang. Lagipun nanti bila dia sudah berada di pelantar minyak, dia tidak boleh menghubungi isterinya kerana tiada talian di tengah lautan sana. Malah hadiah untuk Adriana pun sudah disediakannya daripada awal lagi.

Hadiahnya adalah seperti tahun lepas juga iaitu loket tambahan daripada Tiffany & Co. untuk charmed bracelet yang pernah dihadiahkan pada Adriana pada hari perkahwinan mereka dahulu. Erdyzuan mahu hadiah loketnya ini menjadi tradisinya setiap tahun sampailah gelang yang pernah dihadiahkan pada Adriana itu sudah dipenuhi dengan loket-loketnya. Masa itu barulah dia akan bertukar ke hadiah lain pula buat si isteri. Lagipun bila buat macam ini senanglah sedikit kerjanya sebab tidak perlulah dia hendak memeningkan kepalanya setiap kali bila bulan lima menjelang.

Adriana yang sedar hari ini Erdyzuan bangun lebih awal daripadanya sendiri merasa agak pelik. Kebiasaannya suaminya itu memang cukup liat hendak bangun pagi. Apatah lagi, pagi ini bila diajukan pada Erdyzuan sudah kah suaminya itu bersembahyang subuh, terus sahaja suaminya itu masuk ke bilik air dan berwuduk lalu terus bersolat. Selalunya solat Subuh lah suaminya itu paling liat hendak buat. Solat-solat fardu yang lain, Alhamdulillah sekarang ini suaminya itu tidak lagi culas sekalipun dia terpaksa bertanya adakah Erdyzuan sudah bersembahyang atau tidak setiap kali masuknya waktu. Sejak dia membelikan buku panduan bersolat untuk kanak-kanak lelaki dan secara senyap-senyap meletakkannya di dalam beg kerja Erdyzuan, dilihatnya suaminya itu sudah mula rajin bersolat.

Melihatkan kepelikan perangai suaminya itu hati Adriana tertanya sendirian. Ada tanda apa-apakah ini akan apa yang sedang berlaku kini? Malam tadi dia bermimpi sesuatu yang agak pelik. Dia dan seorang budak lelaki dalam usia lebih kurang lima tahun sedang berdiri sebelah-menyebelah dan Erdyzuan pula sedang berdiri di seberang tempat dia berdiri ketika itu. Mereka bertiga ketiak itu dipisahkan oleh sebatang sungai yang sungguh deras airnya. Dia tidak tahu apa erti mimpinya kerana dia bukanlah ahli sufi yang dapat meramalkan mimpi. Lagipun dia bukanlah seorang yang jenis mudah percaya pada alamat melalui mimpi. Pada Adriana, semua mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata sahaja.

Sejak semalam, entah mengapa naluri wanita Adriana menyatakan yang dia sedang mengandung. Kalau dikira hari-hari kesuburannya, dia sudah tiga minggu terlewat didatangi haid. Tetapi Adriana tidak berani hendak mengesahkan kata hatinya itu lagi memandangkan masih tiada pengesahan rasmi daripada doktor. Tambahan pula jadual peredaran haidnya bukanlah selalu tepat sangat. Selalu benar ikut aci lut main sembunyi sahaja. Tak apalah, esok atau lusa dia akan ke klinik dan mengesahkan tekaannya ini. Bila sudah pasti barulah dia akan beritahu pada Erdyzuan akan berita gembira itu. Dia tidak mahu berkongsi andaiannya sekarang dengan Erdyzuan kerana takut-takut dia terlalu memberi harapan pada si suami. Apatah lagi dia cukup sedar, Erdyzuan sebenarnya sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menimang cahaya mata semula setelah dia keguguran beberapa bulan yang lalu.

Harap-harapnya betullah tekaannya itu dan cepatlah seminggu ini berlalu. Kalau benar tekaannya itu, patinya inilah hadiah ulang tahun paling bermakna buat Adriana. Tanpa dia sedari, ada hadiah paling bermakna juga akan dia terima daripada Ermilza nanti... 

 


Ni aje yang sempat di update sebelum 12.00 a.m. 31 oktober 2008. Siang semasa di opis iejay busy sangat. Insyaallah ada masa iejay akan update semula dengan menampal resepi Quench Tuna  dan gambar bukit tempat Erdzyuan melama Adrian dahulu :)  



iejay Simply Stated Her Recipe @ 12:00 am
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia